Brain Tumor

                Assalamualaikum and hai blogger² sekalian 😍

Dengar je perkataan 'Brain Tumor' semua mesti bagi reaction stage berapa? teruk ke ? macam mana bole kena ?macam mana dapat tahu ? Nak tahu penyakit ni bukan senang kita tengok sihat je tapi dalam rupanya dah lama sakit tapi kita je tak tahu ... Cerita yang nak share bukan kita yang sakit tapi papa ... Peristiwa ni jadi tahun lepas, kami 1 family tak tahu pun papa sakit ni yang tahu papa darah tinggi dengan kencing manis ..Satu hari, papa asyik sakit kepala je then dah xboleh bangun dengan bergerak .. dia rasa nak muntah, selera makan die pun dah xda .. So, pergi klinik swasta doktor cakap mungkin sakit 'Vertigo' sebab time tu musim panas so banyak pesakit dia kerap sakit kepala.

"Penyakit Vertigo merupakan keadaan dimana seseorang merasa dirinya atau ruangan disekelilingnya berputar ( aliran darah ke otak,migrain dan beberapa isu yang lain)."
Papa pun makan ubat tahan sakit yang doktor bagi atau ubat khas untuk penyakit tu .. Papa makan tapi sakit jugak ..tiba-tiba satu hari telinga papa jadi macam berdegung dia xboleh dengar sangat. Asyik bunyi berdesing . Kitaorg pun decide untuk next appointment papa kt klinik kesihatan. Dah tiba masanya, doktor klinik kesihatan check dia pun xpasti papa ni sakit dia jangka papa sakit telinga dalam masa yang sama kitaorg decide nak mintak surat untuk MRI sekali. Doktor suruh refer ENT (Ear,Nose,Throat) Hospital Selayang, faham2 jela kalau dpt appointment MRI kerajaan kena tunggu nak dekat sebulan sebab ramai then charge murah kalau dekat swasta nak MRI sehari je tapi kena bayar RM1500 mana lah kitaorg nak ada duit . Lepas sebulan result pun keluar doktor sahkan dekat kepala papa ada satu ketumbuhan dan ketumbuhan tu lah jugak buat kan telinga dia jadi kurang pendegaran tapi sebelah je, kebetulan Hospital Selayang xda pakar neurology nak operate papa so dia suruh refer dekat Hospital Sg. Buloh.

Tarikh yang dinantikan sudah tiba untuk tahu keseluruhan penyakit, pembedahan dan kesan selepas pembedahan. Doktor mintak kami satu family datang dan tandatangan untuk pembedahan. Lepas tu, papa terus admit hospital untuk tunggu giliran pembedahan. Ada dalam 2 minggu jugak tggu giliran . Tarikh papa operation sehari lepas birthday aku hmm tahu macam mana perasaan time tu hiba sangat..Kitaorg dtg pepagi butang nak hantar papa masuk dalam bilik operation mama menangis time tu sebab nurse cakap tawakal je kalau apa2 yang terjadi . Papa operation dalam 12jam aku tak dapat tggu sebab kerja. Besoknya baru dapat tengok papa tu dalam ICU sebab papa xstabil lagi .

1st time tengok papa penuh dengan wayar, papa terbaring, keras je betul2 sebak time tu sebab tak pernah tengok papa macam tu rasa sakit sangat tengok papa macam tu .. Dah 3 4 hari macam tu papa dah sedar sikit doktor pun hantar masuk wad tapi bahagian CCU kira depan nurse so berak kencing mandi nurse je yang boleh buat .. tak lama tu papa masuk wad biasa mama yang jaga .. Time tu aku berulang-alik je dari tempat kerja dengan hospital sebab nak bagi mama papa makanan then nak bagi mama rest sebab dia dah jaga papa satu malam . Mama pun bukan ye kuat die pun dah tak berapa sihat . Pada mulanya aku xbiasa basuh berak kencing papa tapi aku cuba belajar dari kakak aku no.2 so aku tahu macam mana nak buat sambil tu tengok jugak nurse tukar macam mana . Kakak aku boleh tahu sebab dulu dia pun jaga arwah opah time dia muda dulu. Sekarang aku plak jaga papa sampai dia dah balik rumah. Aku dengan kakak ida (kakak no.2 ) bergilir-gilir jaga papa . Bila dah balik rumah papa xnk pakai pampers die malu so bila die nak berak kena papah dia pergi toilet semua. Dalam masa yang sama papa ni ada degil jugak lepas operation tak boleh makan benda yang boleh buat gatal2 dekat operation dia xnk dengar nak makan jugak so bagi jela. Satu hari kak nana kakak yang sulong upah 'Jururawat Bergerak' untuk fisioterapi papa sebab papa tak boleh jalan. Doktor dia saja check papa dia cakap jahitan papa tak bukak habis sebab tu tempat jahit die sakit plus dia pun kerap demam. Kitaorg pun pergi Hospital Sg Buloh balik suruh dia bukak balik nurse dkt klinik pakar pun marah nurse dekat wad neurology sebab buat kerja tak habis benang tu kira dah tertanam dalam daging..Last sekali pergi wad balik bukak balik jahitan tu tanpa bius ok so faham-faham jela sakit dia macam mana.. Selang 2 3 hari tu papa sakit kepala sangat bawak balik pergi hospital dan papa kena operation kecil buat kali kedua sebab ada air dekat luaran otak dia. Operation ni xlama sekejap je ,tapi sakit jugak lah tengok ... Tak lama kemudian papa keluar, duduk rumah tapi papa tetap xboleh jalan balancing dia kira macam dah lari sebab operation kepala dia dekat dengan saraf so peluang nak kembali normal macam dulu tu dia amik masa yang agak lama lagi2 papa yang dah berumur nak dekat 70 tahun ni .. 

Lagi berapa hari nak sambut Krismas dan Tahun Baru, pagi tu aku nak pergi kerja aku salam cium papa pesan kat dia jangan buang ubat makan semua tapi dia xjawab pun dia diam je .. Dia pandang je muka aku, aku macam pelik tapi aku pergi je kerja.. Mama dengan papa tinggal berdua je kat rumah yang semua berkerja dengan duduk rumah masing2.. Tiba2 petang tu mama kol cakap dia dah telefon ambulans sebab papa xda respon, panggil2 dia xcakap or bunyi pun xda ..Letak je telefon aku terus mintak nak balik ada emergency time tu aku kerja cashier je sebab nak tengok keadaan papa time tu kerja tu je boleh fixed tapi balik tengah malam. Sampai je rumah tepat2 ambulans pun sampai aku terus ikot pergi hospital. 

Papa masuk ICU Kritikal Hospital Besar Kuala Lumpur sebab strok. Pukul 5 pg dia kena admit dekat neurology HKL sebab dia pernah operation dekat kepala kemungkinan ada kaitan. Papa minggu depan tu sepatutnya ada appointment dekat HKL jugak dekat bahagian Radiology. Bahagian ni untuk kecutkan ketumbuhan tu sebab operation hari tu doktor tak boleh buang habis sebab takut boleh bawak maut. Tapi time papa strok tu memang papa betul2 kritikal doktor asyik call je suruh berkumpul family takut apa2 jadi .. Aku pun tak dapat kerja dengan tenang pun. Kebetulan aku satu kerja dengan kawan mama. Dia bagi aku cuti sebab keadaan yang tak mengizinkan. Ramai sedara mara datang baca yassin dan doa2 mereka termakbul sebab papa sedar dari strok. Apa yang beza papa time tu dia kena minum susu pakai tiup sebab takut makanan tu masuk dekat paru-paru dan dia pun dah start pakai pampers sebab die xboleh berdiri. 

Masa tu aku dah amik keputusan yang besar untuk berhenti kerja untuk jaga papa sebab mama memang xboleh dan memang takan larat jaga papa . Aku jaga mandi kencing berak papa sehingga hari ni ..Lepas papa balik je rumah papa kena pergi buat rawatan radioterapi tu selama sebulan dan Alhamdulillah sekarang ketumbuhan dekat kepala papa tu dah xda .. Masa dia buat terapi tu jugak lah tiub susu dia bukak, dia boleh makan macam biasa.. Dekat situ jugak papa dah boleh berjalan sehingga harini dia dah boleh pergi toilet sendiri.. 
Alhamdulillah dengan segala apa yang Allah S.W.T dah bagi dugaan kepada aku dan family . Aku bersyukur sangat dengan apa yang terjadi. 8 bulan aku tinggalkan kerjaya aku. Hidup aku mungkin xmacam kawan2 aku gembira, ada kerja, dah kahwin, ada anak, pergi melancong atau apa2 pun yang aku mampu buat bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T tentukan kehidupan yang baik untuk aku. Ikot hati membuak-buak nak kahwin,kerja dan ada semua tapi aku hanya mampu berdoa supaya aku dilimpah rezeki dan umur panjang untuk terus berada disamping keluarga tercinta...Mungkin aku susah sekarang mana tahu masa yang akan datang, kita ni hanya mampu merancang...


KEKAWAN DOA LAH SEMOGA SAYA DAPAT KERJA DAN DILIMPAHI REZEKI RAHMAT ALLAH S.W.T 😘😘😘


1 comment:

InaYusoff said...

besarnye dugaan keluarga nisa..
besar juga pahala nisa jaga papa...

doa banyak2 semoga papa terus sembuh dan sembuh...